24 January 2010

Instrumen Senarai Semak Disleksia (ISD)

• Mekanisme ujian saringan bagi murid tahun satu untuk mengenal pasti kebarangkalian murid mengalami masalah pembelajaran spesifik disleksia.
• Diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan menerusi Jabatan Pendidikan Khas.
• Pengoperasian ISD berlaku apabila menerima pencalonan daripada guru bahasa melayu dan juga ibu bapa.

• Mensyaratkan lima kriteria murid yang perlu dinilai iaitu:
- Telah melalui alam persekolahan dengan mendapat pengajaran yang sesuai dan memuaskan untuk tempoh tidak kurang daripada enam bulan
- Menghadapi kesukaran dalam penguasaan kemahiran 3M.
- Murid ketinggalan secara umum dua tahun di belakang rakan sebaya dalam kemahiran 3M.
- Mempunyai pencapaian prestasi yang rendah dalam ujian bagi mata pelajaran akademik.
- Telah menjalani langkah-langkah pemulihan melalui Program Pemulihan dalam kelas atau Pemulihan Kelas.

• ISD terbahagi kepada tiga bahagian:
A:Data asas murid seperti biodata, jantina, tahun persekolahan, keturunan, kedatangan ke sekolah, mengikuti program pemulihan khas (sedang atau tidak), pencapaian akademik, nama dan lokasi sekolah serta nama penilai.
B:Berkonsepkan senarai semak (jawab secara ya atau tidak) mengandungi tiga elemen:
i) kebolehan mengeja, membaca dan menulis (20 ciri)
ii) keupayaan kognitif (20 ciri)
iii) ciri spesifik disleksia (10 ciri)
C:Pemarkahan yang akan diisi oleh penilai atau guru penyelaras.

• Penilai disyaratkan guru bahasa Melayu yang pernah mengajar murid tahun satu sekurang-kurangnya enam bulan sebelum ujian ISD dijalankan.
• Jika didapati memenuhi lebih lapan ciri bagi elemen satu dan dua manakala memenuhi lebih empat ciri dalam elemen ketiga, maka murid terbabit berkemungkinan menghadapi masalah disleksia.
• Guru penyelaras akan menasihatkan ibu bapa supaya membawa anak-anak mereka bersama-sama surat lampiran ISD ke hospital atau mana-mana klinik untuk membuat penilaian lanjut merangkumi pemeriksaan ke atas pendengaran, penglihatan dan fizikal.

(sumber: http://www.tutor.com.my/tutor/dunia.asp?y=2003&dt=1111&pub=DuniaPendidikan&sec=Berita&pg=be_02.htm)

8 comments:

  1. hi……你们是师范学院的?? ^^

    ReplyDelete
  2. Just asking, is that anybody can do screening by using ISD or just disleksia teacher?

    ReplyDelete
  3. reply (hi……你们是师范学院的?? ^^)
    ya...where r u from?n wat course?

    reply (Just asking, is that anybody can do screening by using ISD or just disleksia teacher?)

    not sure...but i think should b a trained teacher...especially guru pemulihan o guru pendidikan khas.

    ReplyDelete
  4. u r from whick maktab d...pemulihan course oso?

    ReplyDelete
  5. reply
    (ya...where r u from?n wat course?)

    ya, i m also from pemulihan course.

    ReplyDelete
  6. Hi...
    Great to know this blog...
    Can i continue to keep in touch with u ??

    I wanna ask about the ISD Item... do u have it?
    Can u emel me at
    wpriscasusella@yahoo.com

    thank u so much~

    ReplyDelete
  7. halo..i am studying at maktab perguruan oso...
    my major course is pemulihan..
    can i continue to keep in touch wif u?
    if can, pls add me in my msn...
    thengtheng_0811_leo@hotmail.com
    nice to meet u^^

    ReplyDelete
  8. hi..nice to meet you all here.
    I also major in pemulihan.
    can I keep in touch with you all?
    so that we can discuss about our course.
    my msn: grace_lo0831@hotmail.com

    ReplyDelete