22 October 2009

Aktiviti Pengamatan Pendengaran

Membezakan perkataan “kepala” dan “kelapa”

Langkah-langkah:

1. Guru mengajar murid sebuah lagu yang bertajuk “Kelapa”.
Kelapa, kelapa,
Heiyo.. heiyo.. kelapa,
K, e, ke,
L, a, la,
P, a, pa
itu kelapa.

2. Guru mengulangi langkah 1 dengan menukarkan perkataan “kelapa” kepada “kepala”.
Kepala, kepala,
Heiyo.. heiyo.. kelapa,
K, e, ke,
P, a, pa
L, a, la,
itu kepala.

3. Guru menunjukkan gambar dan kad perkataan “kelapa”.

4. Guru membaca perkataan “kelapa” dan murid pun ikut baca berulang kali.

5. Guru menunjukkan gambar dan kad perkataan “kepala”.

6. Guru membaca perkataan “kepala” dan murid pun ikut baca berulang kali.






7. Guru menguji kefahaman murid secara lisan dengan menyebut perkataan dan
seterusnya murid menuju jari ke kad gambar yang betul.

8. Guru menguji murid secara individu dengan memberi kedua-dua kad gambar kepada murid tersebut.

9. Apabila guru menyebut perkataan, murid dikehendaki mengangkat kad gambar yang betul.