11 January 2010

Dispraksia

• Berasal dari kata “Dys” yang maksudnya tidak mudah atau sukar dan “praxis” yang bermaksud bertindak, melakukan.
• Menurut penelitian secara perubatan, dispraksia adalah gangguan atau ketidakmatangan anak dalam mengorganisasikan gerakan.
• Ini berlaku kerana otak kurang berupaya memproses informasi sehingga arahan-arahan tidak secara penuh atau benar ditransmisikan.
• Hal ini menyebabkan timbulnya kesukaran dalam berfikir, merancang dan melakukan tugas-tugas motorik atau sensori.
• Dengan kata lain, dysprexia umumnya tidak mampu dilihat dengan mata kasar kerana ia melibatkan ketidakjajaran antara arahan dari otak dan pergerakan tangan atau kaki pada masa yang sama.

Ciri-ciri disprasia
• Persepsi – sukar untuk menilai ketinggian dan jarak. Mengkoordinasikan bahagian badan yang berlainan.
• Literaliti – masalah pergerakan dari sisi kanan ke sisi kiri.
• Kerja tangan – motor tangan Tulisan tangan – susah menulis.
• Bahasa – sukar menyebut perkataan dan gagap
• Konsentrasi – ambil masa yang lama.
• Ingatan – jangka pendek dan jangka panjang
• Organisasi dan pemikiran – kelam kabut, tidak peka, lewat, sukar mengatur kerja.
• Respon kepada stimulasi luar – terlebih atau terkurang sensitif kepada bunyi, sentuhan, cahaya dan deria rasa.

No comments:

Post a Comment