12 January 2010

Masalah disleksia dan kaedah mengatasi

Disleksia
Masalah Bahasa


- Kesukaran dalam menamakan perkataan, salah sebut perkataan, mencampur adukkan perkataan, sukar menyebut perkataan berirama dan literasi, berkecenderungan menggunakan banyak perkataan untuk menerangkan sesuatu, pertuturan yang teragak-agak dan perlu mendengar sesuatu perkataan lebih kerap sebelum menggunakn dengan tepat dan konsisten (Ott 1997).
Masalah Matematik
- Lemah dalam penyelesaian masalah Matematik.
- Kekeliruan terhadap tanda & simbol & suka menterbalikkan nombor yang sama.
- Contohnya seperti berikut;
3 – 5 - 8 9 - 6

Kaedah Mengatasi Masalah Disleksia
1) Pendekatan multi sensori
- Sebut, dengar, lihat, rasa, sentuh, seperti menulis atas pasir, membina bentuk huruf.

2) Pendekatan kerap mengulang
- Melalui cara yang berbeza-beza untuk mengukuhkan fahaman dan ingatan.
- Contohnya : mengajar perkataan “bola” dan mengulang perkataan ini.
a) Ini bola.
b) Ini bola saya.
c) Bola ini bulat.

3) Pendekatan mengeja dengan melakar / melukis gambar
- Perkataan-perkataan yang dipilih selalunya terdiri daripada perkataan yang mudah untuk dilukis atau dilakar olehnya. Daripada lakaran gambar-gambar dia tafsirkan kepada huruf-huruf awal.
- Huruf-huruf tersebut dicantumkan, maka terbinalah perkataan yang ingin dieja.
- Contoh cara ini digunakan:
Perkataan yang perlu dieja ialah “matahari”.
Bunyi huruf [m]….....dia memilih mata
[a]……. api
[t] ……. Tangga
[a]……..api
[h] …….hujan
[a]……..api
[r]………rambutan
[i]……….ikan
Murid ini akan melukis gambar-gambar berdasarkan bunyi huruf-huruf dalam perkataan yang perlu dieja; mata, api, tangga, api, hujan, api, rambutan, ikan.


[m] [a] [t] [a] [h] [a] [r] [i]
Dicantumkan huruf-huruf awal bagi gambar-gambar yang dilukis, maka terbinalah perkataannya, m a t a h a r i.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment