24 January 2010

Ujian Pengamatan

Objektif ujian pengamatanMenerusi ujian ini guru dapat mengesan masalah yang dihadapi oleh murid dalam:
1.Mengecam orentasi kedudukan, persamaan atau perbezaan bentuk, corak, saiz, warna, huruf, nombor, suku kata dan perkataan.

2.Menentukan sesuatu saiz, jarak, kiri ke kanan serta hubungan antara satu objek dengan objek yang lain.

3.Mengingat kembali, menyalin atau melengkapkan sesuatu bentuk, corak, huruf, nombor, suku kata, perkataan dan ayat.

4.Menyelaras pergerakan motor mata tangan khususnya dari kiri ke kanan, atau ke bawah dan dari bawah ke atas.

5.Memahami dan mengingati sesuatu mengikut turutan- Sequencing.

6.Memahami dan berupaya mencari jalan untuk menyelesaikan sesuatu masalah.


Komponen Ujian Pengamatan
1-Diskriminasi yang sama ( Discrimination Sameness)
Tujuan : Melatih murid supaya dapat mencari ciri-ciri persamaan yang terdapat pada objek, bentuk, corak, warna, nombor, huruf dan sebagainya,


2-Diskriminasi yang ganjil dan tidak sama ( Discrination of differences)
Tujuan : Melatih murid supaya dapat mencari ciri-ciri perbezaan yang terdapat pada objek, bentuk, corak, warna, nombor, huruf dan sebagainya,


3-Diskriminasi saiz ( Discrimination of size)
Tujuan : Melatih murid supaya dapat membezakan saiz sesuatu objek, bentuk, corak, warna, nombor, huruf dan sebagainya,


4-Diskriminasi kedudukan (Position in space)
Tujuan : Melatih murid supaya dapat membezakan keudukan sesuatu objek, bentuk, corak, warna, nombor, huruf dan sebagainya,


5-Koordinasi Motor –mata –tangan.
Tujuan : Melatih murid supaya dapat menyelaraskan pergerakan motor-mata-tangan dan fahaman arah kiri, kanan dan sebagainya.


6-Pertalian jarak (Spatial Relationship)
Tujuan : Melatih murid supaya dapat mengagak sesuatu saiz , jarak kiri ke kanan serta antara satu hubungan objek dengan objek-objek yang lain.


7-Mazing
Tujuan : Melatih murid supaya dapat menyelesaikan sesuatu masalah melalui aktiviti mencari jalan keluar daripada mudah kepada yang susah.


8-Turutan ( Sequencing)
Tujuan : Melatih murid supaya dapat mengingati dan menyusun semula aktiviti-aktiviti bersiri.


9-Rajah latar belakang / Benda tersembunyi ( Figure – Ground)
Tujuan : Melatih murid supaya dapat menyelesaikan sesuatu maslaah abstrak.


10-Menyalin ( Visual Copying)
Tujuan : Melatih murid supaya dapat menghasilkan apa yang telah dilihat.



Panduan melaksanakan ujian pengamatan:
1- Ujian ini sesuai untuk mengesan murid yang sukar menguasai konsep sepertimana yang terkandung dalam komponen pengamatan.
2- Dalam ujian ini murid diberi dengan pelbagai latihan pengamatan.
3- Ujian boleh dijalankan secara kumpulan kecil atau individu.
4- Murid telah bersedia dengan peralatan menulis sebelum memulakan ujian.
5- Arahan diberi kepada murid dengan terang dan jelas.
6- Pastikan murid tunjuk dengan jari sebelum menjawab dengan pensel.

Rujukan:
http://pemulihankhas.blogspot.com/2008_02_01_archive.html

3 comments:

  1. bagus...kalau dboleh tanbahkan lagi maklumat...

    ReplyDelete
  2. terima kasih. byk membantu saya untuk program PPG sy...

    ReplyDelete
  3. tq..bnyk mmbantu dalam pbntgan sy esk.:)

    ReplyDelete